Desas-desus wakil rakyat Umno memberi sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijawab sendiri ahli parlimennya.
Sebuah blog sebelum ini mendakwa 19 ahli parlimen Umno sedia memberi sokongan untuk menobatkan Anwar perdana menteri kesembilan.
Semenjak itu beberapa wakil rakyat yang disebutkan sudah menjawab dalam media sosial masing-masing. Malay Mail senaraikan seperti di bawah:
- Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau):
“Tidak ada 23 wakil rakyat Umno, PAS (10), Gabungan Parti Sarawak (10) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (7) melompat parti.”
- Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap):
“Saya tidak pernah bersetuju Anwar membentuk kerajaan baharu.”
- Datuk Seri Tajuddin Rahman (Pasir Salak):
“Anwar terkenal dengan dramanya. Pada 16 September beliau mendakwa mempunyai cukup sokongan membentuk kerajaan tetapi gagal.”
- Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang):
“Saya mengikut keputusan parti. Mujur saya tiada tekanan darah tinggi, kalau tidak boleh pengsan.”
- Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit):
“Bila sampai September, beliau akan mendakwa mempunyai majoriti.”
- Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan):
“Saya tidak tahu. Saya sekarang fokus untuk memenangi pilihan raya Sabah.”
- Ahmad Jazlan Yaakub (Machang):
“Jika saya menyokong perdana menteri dari kayangan, saya tidak berada di pentas kempen malam ini.”
- Datuk Seri Idris Jusoh (Besut):
“Saya menafikan tuduhan portal mendakwa saya salah seorang wakil rakyat menyokong Anwar.”
- Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas):
“Saya di Sabah sejak lapan hari lepas. Saya tidak berpeluang bertemu Anwar.”
- Datuk Ahmad Maslan (Pontian):
“Tidak mungkin saya bersama DAP. Sesiapa buat jangkaan ini, gunalah akal.”
- Datuk Seri Najib Razak (Pekan):
“Perlukah saya lapor kepada menteri kewangan Lim Guan Eng?”
- Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (Putrajaya):
“Saya tidak terlibat atau menyokong gerakan membentuk kerajaan diketuai Anwar.”
Tujuh ahli parlimen yang belum memberi maklum balas:
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling)
Datuk Mohd Alamin (Kimanis)
Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin)
Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands)
Datuk Hasbullah Osman (Gerik)
Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), dan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk).