Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan perbezaan bangsa

Kuala Lumpur, Julai-
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menyifatkan semua bangsa di dalam negara ini tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain.

Katanya, ia kerana semua bangsa yang ada sememangnya diperlukan kerana semua adalah rakyat Malaysia.

“Saya lihat macam ini, Malaysia ini kita tak boleh asing-asing iaitu Melayu, Cina, India, mana boleh asing.

“Bagi saya jalin (kerjasama) macam biasa, kita rakyat Malaysia,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibnu Mas’ud di Kampung Datuk Keramat, di sini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan Kelab Veteran UMNO yang secara terbuka mahu pemimpin DAP mengelak daripada menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Setiausaha kelab itu, Datuk Mustapha Yaakub, dilaporkan berkata, beliau mengakui hasrat DAP untuk membantu Barisan Nasional (BN) menerusi calon UMNO mendapatkan sokongan Orang Asli, tetapi berhujah bahawa parti itu tidak akan berkesan memandangkan Orang Asli di Nenggiri adalah ‘Bumiputera Islam berbahasa Melayu.’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here