Pakar: Vaksin COVID-19 Tidak Semua-Menyembuhkan

Ketika penantian penuh harapan untuk mengetahui keputusan ujian ke atas manusia bagi sekurang-kurangnya satu vaksin COVID-19 yang dijangka bulan ini, para pakar kesihatan awam pula terus bertindak memberi nasihat dengan berhati-hati dan mematuhi langkah-langkah pencegahan semasa.

Dunia baru-baru ini melepasi angka 1 juta kematian COVID-19, menjadikan usaha untuk menghasilkan vaksin yang berkesan dan selamat lebih mustahak. Di Malaysia, dengan kes semakin meningkat, mencetuskan kebimbangan berlakunya gelombang yang seterusnya.

Hasil ujian ke atas manusia oleh Pfizer dijangka diketahui pada awal bulan ini, sementara ramai  pembuat vaksin yang lain berharap dapat mengetahui keputusan produk masing-masing pada akhir tahun ini.

Terdapat lebih 150 vaksin dalam pelbagai tahap pembangunan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bagaimanapun, wakil WHO ke Malaysia, Singapura dan Brunei Dr Ying-Ru Jacqueline Lo mengingatkan orang ramai agar tidak mengharapkan vaksin sehinggalah seawal pertengahan 2021.

“Kami menjangkakan bila-bila masa pada akhir tahun hadapan, kita akan mendapat vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan. Namun, vaksin sahaja masih belum boleh menjaminnya. Vaksin itu perlulah dapat menampung jumlah yang kita perlukan,” katanya kepada Bernama dalam temubual eksklusif baru-baru ini.

Beliau berkata, sebarang vaksin yang disetujui oleh WHO di bawah kemudahan COVAX, inisiatif lebih dari 172 negara untuk mendapat dan menyediakan vaksin yang berkesan kepada sekurang-kurangnya 20 peratus jumlah penduduk, perlu menjalani langkah lain sebelum dapat digunakan khalayak ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here