Menyampah dengan isteri, suami panjat menara telefon

Seorang lelaki yang marah dan tidak puas hati selepas bergaduh dengan isterinya bertindak memanjat menara telefon dan enggan turun.

Tejpal Singh yang tinggal di Uttar Pradesh dikatakan marah dengan isterinya yang didakwa membuat tuduhan palsu terhadapnya.

Isterinya membuat aduan di balai polis dan polis juga memihak kepada isterinya dan enggan mempercayai kata-katanya.

Ekoran itu Tejpal bertindak memanjat menara telefon dan berhasrat mahu menamatkan perkahwinan mereka.

Menurut polis ini merupakan perkahwinan kedua Tejpal dan pasangan itu bergaduh berkaitan beberapa perkara.

Sebaik sahaja mendapat laporan tentang Tejpal yang sudah berada di atas menara itu, pihak berkuasa tempatan dan polis berkejar ke kawasan kejadian dan memujuknya turun.

Selepas sekian lama, Tejpal akhirnya bersetuju turun. Kisahnya menimbulkan kelucuan dalam kalangan pelayar Twitter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here