Masjid, surau, sekolah diperintah tutup di Klang

Semua masjid, surau, sekolah, pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup sepenuhnya mulai hari ini di daerah Klang ekoran wabak Covid-19 yang merebak di kawasan itu.

Turut ditutup sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ekoran pengisytiharan Klang sebagai zon merah itu adalah premis-premis sukan, rekreasi, sosial dan budaya.

Sebanyak 36 kes baharu dicatatkan di Selangor semalam sahaja.

Selain itu, ada 271 kes direkodkan di Klang manakala 68 kes lagi di Kuala Langat. Dari kes itu, 79 kes sedang dirawat di Klang manakala Hulu Langat 4.

Selain Klang, turut di kenakan PKPB adalah Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan dibuat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di empat daerah berkenaan yang kini diisytiharkan Zon Merah.

Sementara itu, Selangor Taskforce Covid-19 (STFC) telah mengeluarkan panduan terperinci dalam melaksanakan PKPB untuk daerah Klang itu.

Sementara itu Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata semua sektor ekonomi di daerah Klang dibenarkan untuk terus beroperasi seperti biasa,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here