Gred Telur

Gred dan kualiti ayam tidak jauh berbeza di antara kelas yang ada. Di Malaysia, ada penjual yang menjual dari gred AA, A, B, C malah ada yang jual sampai ke kelas D. Tidak kisah gred apa, tetap ada permintaan, namun sebagai bakers, gred telur yang sepatutnya anda guna hanyalah gred AA atau A. Kenapa?

Anda sendiri sudah sedia maklum bahawa gred telur telah diwartakan oleh pihak berwajib dan menjadi kewajipan kepada setiap penjual untuk melakukan gred terhadap telur ayam sebelum boleh menjual kepada orang ramai.

Gred di tentukan melalui 2 cara iaitu dari luaran dan dalaman.

Dari segi luaran, gred telur diklasifikasikan mengikut saiz kulit telur, kebersihan permukaan kulit bentuk serta beratnya. Cerah atau gelap, tidak akan memberi kesan terhadap gred tersebut.

Kulit telur diperhatikan sama ada mempunyai kecacatan, tekstur permukaan yang licin dan pori pada kulit telur sangat halus menjadikan telur ayam tersebut layak mendapat gred AA atau A.

Kemudian, telur ayam tersebut akan diuji secara rawak untuk mengetahui berat, saiz kuning telur dan berat putih telur. Proses yang paling popular untuk menguji kualiti telur ayam ini adalah dengan memecahkan telur tersebut.

Tujuannya adalah untuk melihat dan mengetahui berat sebiji telur, saiz kuning dan putih telur serta benda asing yang terdapat dalam satu satu telur.

Sila rujuk jadual di bawah untuk pemahaman yang lebih singkat dan mudah.

Boleh jadi beza hampir 5 gram untuk sebiji telur. Macam mana dengan resipi yang perlukan 20 biji telur AA namun nak disebabkan nak jimat dan kononnya kos efisyen,  ada yang guna gred B. Beza lebih dari 10 gram untuk sebiji telur.

Jika 20 biji telur yang digunakan? Produk tersebut akan jadi sama ada tak sedap atau tak menjadi langsung. Jadi, berhati hati bila membaca resipi anda ya!

Ketinggian dan posisi kuning telur juga akan berbeza dari dari gred AA hingga ke B. Sebab itulah telur gred AA agak mahal namun pengguna dan pembeli sangat berpuas hati dengan garis pandu yang dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Untuk brownies adalah anda mesti gunakan telur gred A atau AA. Sebab ukuran berat berbeza tau tak? Contohnya telur gred C dan B jauh bezanya dengan gred A dan AA. Macam mana nak tahu beza berat ukuran dan berapa biji yang diperlukan untuk satu satu resepi?

Ini kerana struktur telur gred A dan AA lebih bagus bukan sahaja untuk brownies, malahan untuk semua produk pastri yang lain. Kemungkinan rasa, tekstur dan penampilan brownies anda akan berbeza jika menggunakan telur gred B dan ke bawah.

Kalau untuk makan sendiri, tiada masalah. Namun jika untuk menjual dan anda nak customer repeat order, gunalah bahan yang lebih berkualiti walau harga mahal sedikit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here