Tiada sesiapa sokong Anwar!

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan Barisan Nasional (BN) mengesahkan semua ahli Parlimen mereka kekal menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui negara.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ahli Parlimen Bersatu menyifatkan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat membentuk kerajaan baharu sebagai satu lagi dakwaan tidak berasas.

“Dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mendapat sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu adalah sebuah dakwaan tidak berasas dan bersifat rekaan semata-mata.

“Semua ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa memberikan sokongan penuh tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan tidak terlintas sedikit pun untuk berpendirian sebalikya.

“Percaturan beliau untuk menubuhkan kerajaan baharu ini membuktikan bahawa beliau seorang ahli politik yang mementingkan diri dan sanggup meletakkan cita-cita peribadi ingin menjadi Perdana Menteri melampaui segalanya sehingga sanggup mengorbankan kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan rasmi parti itu hari ini.

Manakala PAS juga menegaskan bahawa semua 18 ahli parlimen parti mereka menyokong penuh Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional sekarang.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak terkesan langsung dengan retorik yang dibawa oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, bahawa beliau mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

“PAS mengganggap isu yang dibangkitkan oleh individu yang sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi di samping ‘menangguk di air keruh’ ketika Kerajaan PN sedang menguruskan masalah Covid-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara.

“Dalam hal ini PAS sekali lagi amat yakin Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara yang amat jelas,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Annuar juga menegaskan BN tidak akan sama sekali menyokong dan bekerjasama dengan DS Anwar Ibrahim, DAP dan Tun Mahathir.Begitu juga dengan gabungan Barisan Nasional (BN), menurut setiausaha agongnya Tan Sri Annuar Musa, BN telah menetapkan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri secara en-bloc.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here