Istana Negara tangguh sessi menghadap AMANAH DAP

Istana Negara telah menangguhkan sessi menghadap Yang Dipertuan Agong oleh pemimpin DAP dan AMANAH yang sepatutnya berlangsung minggu ini dan minggu depan.

Dalam kenyataan bersama Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mereka berdua dipanggil untuk menghadap baginda, namun ia telah ditangguhkan.

“Kami telah dititah untuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada hari Rabu, 14 Oktober 2020 untuk YB Lim Guan Eng dan pada hari Rabu, 21 Oktober 2020 untuk YB Haji Mohamad Bin Sabu.

“Namun, semalam Setiausaha Sulit Kanan Baginda telah memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku telah ditangguhkan.

“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” kata kenyataan bersama itu.

Namun kenyataan itu tidak menyatakan samada sessi menghadap pemimpin parti yang lain diteruskan atau tidak.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang Dipertuan Agong semalam dan menyerahkan secara rasmi dokumen sokongan bagi membukti beliau mempunyai sokongan majoriti di kalangan Ahli Dewan Rakyat sekarang.

Ekoran itu, Tuanku dijadualkan menerima menghadap semua pemimpin parti politik yang lain pula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here