Bawang China Naik harga

Kuala Lumpur, Dis 20.
Segelintir pengusaha makanan sekitar Lembah Klang mendakwa berlaku peningkatan harga bawang dari China yang kini menjadi alternatif susulan keputusan India melarang eksport sayuran itu hingga Mac tahun depan.

Seorang peniaga medan selera di Kuala Lumpur Intan Muhamad mendakwa harga bawang diimport dari republik itu meningkat kepada RM3.90 sekilogram pada bulan ini berbanding RM1.50 sekilogram Ogos lalu.

Beliau yang secara purata membeli 400 kg bawang setiap bulan mengakui merasai kenaikan kos itu dan meminta kerajaan memantau keadaan itu memandangkan mereka tidak ada banyak pilihan.

Dahulu harga bawang China ini murah tetapi sekarang naik pula selepas tiada lagi bawang dari India kecuali Pakistan. Sabtu lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kerajaan akan mendapatkan bekalan bawang dari China dan Pakistan susulan keputusan India melarang eksport sayuran itu hingga Mac tahun depan.

Mohamad turut memberi jaminan langkah itu tidak akan menyebabkan perubahan ketara kepada harga runcit bawang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here