YAKIN MENANG: Biden dan isterinya Dr. Jill Biden mengangkat tangan

Presiden Donald Trump pada awal semalam mendakwa memenangi pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2020 dan akan membuat kenyataan dalam waktu terdekat, lapor Sputnik.

“Saya akan buat kenyata-an malam ini. MENANG! besar,” kata Trump di Twitter.

Trump turut menuduh Demokrat cuba merampas keputusan pilihan raya.

“Kami tidak akan pernah biarkan mereka lakukannya. Undi tidak dapat diberikan setelah undian (tinjauan) ditutup!” katanya.

Beberapa minit sebelum itu, pencabarnya dari Demokrat Joe Biden berkata “berada di landasan yang betul” untuk memenangi pilihan raya.

Sementara itu, pihak Twitter meletakkan tanda amaran terhadap kiriman Trump di media sosial itu boleh me-nimbulkan kekeliruan.  

“Sebahagian atau semua kandungan yang dikongsi dalam akaun Twitter me-ngenai pilihan raya atau proses awam yang lain, boleh dipertikaikan dan mungkin mengelirukan,” kata platform media sosial itu sebagai mengulas mengenai tindakan menyembunyikan mesej ber-kenaan.

Trump mengejar rapat pencabarnya yang sekarang ini mendahului dengan 237-213, menurut Fox News.

Majoriti penduduk Islam di AS iaitu 69 peratus, memilih Biden dalam pertarungan untuk menguasai Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu, berdasarkan tinjauan  Majlis mengenai Hubungan Amerika-Islam (CAIR).

Pertubuhan hak dan soko-ngan masyarakat Islam terbesar di AS itu melaporkan tahun ini menyaksikan jumlah pengundi Islam yang ramai dengan penyertaan sebanyak 84 peratus.

Hanya 17 peratus daripada 844 pengundi berdaftar yang mengambil bahagian dalam tinjauan mengatakan me-ngundi Trump.

“CAIR ingin mengucapkan terima kasih kepada lebih sejuta pengundi Islam AS yang keluar mengundi, mencatat rekod pada pilihan raya kali ini,” kata Pengarah Eksekutif CAIR Nihad Awad dalam satu kenyataan.

“Pengundi dalam kalangan komuniti Islam boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya – termasuk pemilihan presiden – diakui oleh calon dan media,” tambah Awad.

Jutaan rakyat AS me-ngundi pada pilihan raya AS 2020 kelmarin untuk memilih presiden dan wakil kongres.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here