Lampu Aladdin RM1.38 juta

Dua lelaki dari Uttar Pradesh ditahan kerana menipu doktor agar membeli lampu Aladdin palsu.

Doktor Laeek Khan, yang berasal dari Khairnagar, kota Meerut, pertama kali berjumpa dua lelaki ini pada 2018 semasa melawat rumah salah seorang pesakitnya.

Ketika di rumah pesakitnya bernama Sameena, doktor tersebut berjumpa lelaki ‘tantrik’ iaitu pengamal ilmu mistik yang bangga dengan kuasa magiknya.

Lelaki itu juga berjanji menjadikan Dr Khan jutawan.

Lelaki itu memperkenalkan rakannya seorang lagi kepada Dr Khan dan mereka berdua menawar menjual Aladdin Ka Chirag (Lampu Aladdin) yang dikatakan boleh mengabulkan permintaan pemiliknya.

Lampu itu berharga AS$335,000 (RM1.38 juta).

Doktor Khan bersetuju membelinya. Menurut Dr Khan, biarpun orang ramai menuduhnya bodoh kerana termakan pujuk dua lelaki itu, namun Dr Khan memberitahu taktik mereka berdua begitu licik dan amat meyakinkan.

Mereka berdua menggunakan minyak wangi untuk memukaunya sehingga menyebabkannya benar-benar percaya jin keluar dari lampu itu.

Apabila dia menyedari jin tersebut salah seorang daripada penipu itu, dia sudah pun membayar semua wang kepada mereka.

Dr Khab membayar secara berperingkat-peringkat dan setelah membayar separuh, dia meminta untuk membawa pulang lampu tersebut.

Mereka berdua enggan menyerahkan lampu terbabit kepadanya dengan alasan jika Dr Khan menyentuh lampu itu dia akan ditimpa pelbagai nasib buruk.

Setelah permintaannya membawa pulang lampu itu ditolak berkali-kali, dia akhirnya menyedari dirinya ditipu dan menghubungi Ketua Polis Meerut. Dr Khan mengadu tentang kesnya.

Dia meminta polis menangkap dua penipu terbabit. Polis menahan mereka berdua dan merampas lampu tersebut.

Polis kini mencari Sameena, yang setelah di siasat merupakan isteri penipu terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here