M’sia, S’pura masih dalam rundingan projek HSR

Malaysia dan Singapura masih lagi dalam proses rundingan terhadap beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Malaysia bagi menambah baik Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur – Singapura (HSR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Malaysia, Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini (27 Nov) berkata kedua-dua negara mempunyai tempoh sehingga 31 Disember 2020, bagi melakukan proses rundingan tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada beberapa berita yang diterbitkan baru-baru ini berhubung projek tersebut.

“Kerajaan akan membuat pengumuman selepas kata putus dicapai dan proses rundingan tersebut selesai,” katanya.

Sebuah media tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa Malaysia mungkin akan meneruskan projek kereta api laju itu tanpa kerjasama dengan pemerintah Singapura dengan laluan baru projek tersebut akan berakhir di Johor Bahru.

Memetik sumber, laporan tersebut turut menyatakan bahawa kerajaan Malaysia memaklumkan perubahan tersebut kepada kerajaan Singapura.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here