13 pesakit COVID-19 maut hospital terbakar di India

Tiga belas pesakit COVID-19 terkorban dalam tragedi kebakaran di sebuah hospital di pinggir Mumbai sebelum subuh semalam, menurut pegawai tempatan.

 “Seramai 17 pesakit berada di dalam apabila kebakaran itu meletus di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Vijay Vallabh, dan daripada jumlah itu seramai 13 meninggal dunia manakala empat lagi dipindahkan ke fasiliti lain,” kata pegawai bomba Morrison Khavari.

“Kebakaran sudah dipadamkan,” katanya sambil menambah bahawa api bermula sekitar jam 3 pagi waktu tempatan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Kemalangan di bandar Vasai-Virar di negeri Maharashtra itu adalah tragedi terbaru menimpa India ketika ia sedang bergelut dengan gelombang baharu jangkitan COVID-19 yang membinasa-kan, dengan kekurangan bekalan oksigen, ubat dan katil hospital mencetuskan rayuan terdesak untuk bantuan.

Dua hari sebelumnya, se-ramai 22 pesakit COVID-19 meninggal dunia di hospital lain dalam negeri yang sama apabila bekalan oksigen ke sistem pengudaraan mereka terjejas ekoran kebocoran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here