Bekalan Air Mula Disalurkan Ke Enam Kawasan– Air Selangor

Bekalan air di enam kawasan di Klang dan Shah Alam iaitu Seksyen 18,19,20,23,24 dan 25 yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak semalam, mula disalurkan kepada pengguna, kira-kira 7 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan àir mula disalurkan semula selepas kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 24, Shah Alam, siap sepenuhnya.

“Seperti yang dimaklumkan, bekalan air di enam kawasan ini dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 12.00 tengah hari nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here