Serangan Belalang di YAMAN

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu memohon dana sebanyak $ 40 juta (RM 161,420,000) bagi memerangi belalang gurun yang melanda di Yaman. Dana tersebut bertujuan membantu operasi pengawasan dan kawalan di negara-negara yang terjejas seperti Ethiopia, Kenya, Somalia, Sudan dan Yaman.

Sehubungan dengan itu, terdapat lebih daripada 1500 orang yang telah dilatih untuk operasi tersebut di mana kini mempunyai sekitar 20 pesawat dan 110 kenderaan penyembur.

Laporan mengatakan bahawa kemunculan wabak serangga perosak terbesar dalam tujuh dekad berkemungkinan akan berterusan hingga tahun baru. Hal ini dipercayai akan mengancam bekalan makanan masyarakat di beberapa bahagian Afrika dan Timur Tengah.

Bukan itu sahaja, sebanyak 80 juta belalang juga boleh memusnahkan tanaman yang dianggarkan mampu memberi makan kepada 2500 orang selama setahun.

“Kawanan belalang sudah terbentuk dan mengancam untuk menyerang semula Kenya utara.

“Pembiakan juga dilakukan di kedua sisi Laut Merah, menimbulkan ancaman baru bagi Eritrea, Arab Saudi, Sudan dan Yaman,” kenyataan dari FOA.

Walau bagaimanapun, atas usaha FAO dengan kerjasama rakan-rakannya, ia telah membantu membersihkan lebih daripada 1.3 juta hektar perosak di 10 negara tahun ini. Bahkan, membantu mencegah kehilangan kira-kira 2.7 juta tan bijirin yang bernilai $ 800 juta (RM 3,228,400,000).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here