Suri rumah maut, motosikal dinaiki terbabas

Seorang suri rumah maut apabila motosikal yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabit kemalangan di Jalan Sibu-Tanjung Manis.

Mangsa yang berasal dari Kampung Pangtray, Daro dikenali sebagai Haisah Basuni dan berumur 48 tahun.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian berlaku kira-kira jam jam 11.55 pagi.

Menurut beliau, semasa kejadian mangsa sedang menaiki motosikal bersama suaminya, 49, serta anak perempuan mereka, 9.

“Semasa kejadian, mereka sedang menghala ke pusat bandar Sibu dari arah Tanjung Manis. 

“Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki mereka telah hilang kawalan dan terbabas,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Stanley berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala suami dan anaknya dikejarkan ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here