Tiga polis ditembak mati di tengah Perancis

Tiga anggota polis ditembak mati di Puy-de-Dome, bahagian tengah Perancis, semalam selepas menerima panggilan untuk menangani kes keganasan rumah tangga, kata sumber di pejabat pendakwa raya.

Anggota polis terbabit, termasuk anggota keempat yang cedera dalam insiden itu, ditembak oleh seorang lelaki berusia 48 tahun ketika mereka cuba menyelamat-kan seorang wanita.

Polis tiba di rumah ber-kenaan sejurus selepas te-ngah malam dan disasari tembakan.

Lelaki bersenjata berke-naan pada mulanya me-nembak dan membunuh seorang anggota polis dan mencederakan seorang lagi, sebelum dia membakar rumah tersebut.

Dua anggota lain, yang cuba bertindak kepada kejadian, kemudian ditembak dan terkorban, menurut pejabat pendakwa Clermont-Ferrand.

Pegawai berkata, wanita berkenaan berjaya diselamat-kan dan sekurang-kurangnya tujuh anggota polis taktikal elit masih berada di tempat kejadian.

“Langkah berjaga-jaga paling ketat sedang diambil berhubung bahaya yang ditimbulkan oleh individu berkenaan,” kata sumber .

Lelaki bersenjata terbabit dikatakan dikenali pihak berkuasa kerana tuduhan yang ada kaitan dengan isu penjagaan anak.

Anggota bomba juga berada di tempat kejadian untuk mengawal kebakaran. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here