MBSJ beri 850 permit sementara penjaja, bantu tingkat pendapatan

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSA) mengeluarkan 850 permit perniagaan sementara bagi membantu golongan terkesan akibat Covid-19 pada tahun lepas.

Datuk Bandar Subang Jaya berkata langkah tersebut membantu golongan berpendapatan rendah (B40) menjana semula pendapatan yang terjejas akibat Covid-19.

“Namun kita tekankan kepada penerima lesen sementara supaya mematuhi syarat ditetapkan antaranya tapak perniagaan tidak menimbulkan kacau ganggu, menjaga kebersihan dan kesihatan serta keselamatan.

“Justeru kita berharap penerima lesen memanfaat peluang diberi dengan berniaga mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan,” kata Noraini Roslan.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud pada Majlis Penyerahan Bantuan Gerai Bergerak di Dataran Penjaja Puchong Permai semalam.

Pada 19 Ogos tahun lepas, EXCO kerajaan tempatan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan lesen sementara kepada penjaja yang berniaga di tempat selamat.

Ng Sze Han berkata langkah itu membantu golongan berpendapatan rendah menjana pendapatan seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here