Penganut Hindu kesal Menteri Besar PAS ala Idi Amin batal cuti Thaipusam

Kenyataan bersama Biro Integrasi Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional bersama Biro Integrasi AMANAH Wilayah Persekutuan dan Selangor itu kesal dengan tindakan Sanusi yang tidak mengiktiraf cuti peristiwa Thaipusam sebagai cuti umum di Kedah yang akan disambut di seluruh dunia pada 28 Januari ini.

Dalam penegasan itu juga, Sanusi diingatkan agar menarik balik kenyataan beliau supaya tidak dimurkai oleh Dewa Muruga sehingga membawa kecelakaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu dan ahli keluarganya.

 berikut kenyataan penuh tersebut:

Kami penganut yang beragama Hindu daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) berasa amat kesal dengan tindakan Yang Amat Berhormat (YAB) Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Negeri Kedah, yang tidak mengiktiraf cuti perisitiwa Thaipusam sebagai cuti umum di negeri tersebut yang akan disambut di seluruh dunia pada 28 Januari 2021.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan mempunyai pelbagai kaum dan agama. Sebagai seorang yang berbangsa India, bahasa Tamil adalah bahasa ibunda kami. Keturunan kami berasal dari Selatan Negara India.

Mengikut kepercayaan kami, Dewa Muruga adalah Tuhan kami yang disembah. Kepada Dewa Muruga kami minta segala pertolongan dan Dia sahaja kami sembah pada tarih 28 Januari 2021.

Pada tarikh tersebut Dewa Muruga telah dilahirkan sebagai seorang manusia di Bumi ini dan menjelma untuk menyelamatkan dunia yang telah diancam oleh raksaksa.

Segala keburukan dan kejahatan telah dihapuskan oleh Dewa Muruga untuk keamanan manusia di dunia. Pada hari Thaipusam penganut Hindu akan menunaikan nazar selepas berpuasa selama 48 hari kepada Dewa Murugan.

Sebagai penganut agama Hindu kami percaya bahawa segala kesusahan dan dosa-dosa masa lampau akan diampunkan.

Adalah tidak wajar YAB MB Kedah membatalkan cuti perisitiwa di negeri tersebut tanpa mengira sensitiviti penganut agama Hindu dan telah menindas hak serta menghalang penganut agama Hindu daripada menjalankan tanggunjawab mereka terhadap Dewa Muguran yang telah dijamin dalam
Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, seorang warganegara berhak mengamalkan kepercayaan agama yang dianutinya.

Kami berasa kesal kerana tindakan menindas penganut agama Hindu ini bukan kali pertama telah dilakukan oleh beliau di Negeri Kedah.

Sebelum ini, beliau juga telah mengarahkan sebuah Majis Perbandaran untuk meroboh kuil yang telah berusia lebih 70 tahun dan telah menuduh penganut agama Hindu sebagai kaki botol dalam kenyataan beliau pada bulan Disember tahun 2020.

Kami kecewa dengan sikap tidak mesra beliau dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama yang ada di Malaysia terutama dengan rakyat Kedah yang bukan beragama Islam.

Kenyataan dan tindakan beliau yang tidak cermat dan sensitif ini dibimbangi boleh menjadi punca kepada tercetusnya perpecahan perpaduan antara kaum di Malaysia khususnya di Negeri Kedah.

Adalah sangat penting kepada kita semua untuk berganding bahu membantu memulihkan Malaysia yang kini diancam oleh pandemik Covid-19 dengan membenarkan kami keluar untuk bersembahyang mengikut kepercayaan agama kami khususnya masyarakat India yang beragama Hindu di Negeri Kedah.

Kami akan mematuhi semua langkah wajib yang telah dikenakan oleh Majlis Tindakan Keselamatan Negara.

Justeru, kami dengan rendah diri memohon YAB MB Kedah menarik balik kenyataan beliau supaya dia tidak dimurkai oleh Tuhan kami sehingga membawa kecelakaan kepada beliau dan ahli keluarganya.

Berikut adalah senarai kepimpinan kaum India di semua peringkat yang bersama dalam kenyataan ini:

1.Pushpa Nagiah Vengadesan
• Ahli Jawatan Kuasa AMANAH Nasional
• Naib Ketua 5 AWAN Nasional
• Ketua Biro Integrasi AWAN Nasional

  1. Arutselvi Amalanathan
    • Timbalan Ketua Biro Integrasi AWAN Nasional
    • Ketua Biro Tugas-tugas Khas AWAN Selangor
    • Timbalan Ketua AWAN Kawasan Kuala Selangor
  2. Thanabalan Krishnan
    • Naib Pengerusi 3 AMANAH Negeri Selangor
    • Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Sungai Buloh
    • Ketua Biro Hal Ehwal Bukan Islam Amanah Negeri
    Selangor
  3. Thenakeran@Kannan Rajagobal
    • Ahli Jawatan Kuasa AMANAH Wilayah Perseketuan
    Kuala Lumpur (KL)
    • Timbalan Ketua Biro Integrasi Wilayah Persekutuan KL
    • Naib Ketua 2 AMANAH Kawasan Setiawangsa
    • Timbalan Ketua AMANAH Cawangan Ayer Panas, Setiawangsa
  4. Pavathy Muthukanu
    • Ahli Jawatan Kuasa AWAN Negeri Selangor.
    • Timbalan Ketua Biro Integrasi AWAN Negeri Selangor
    • Naib Ketua 1 AWAN Kawasan Sungai Buloh
  5. Rajagokulakannan Pachiappan
    • Setiausaha AMANAH Cawangan Ayer Panas, Setiawangsa
  6. Bala Subramaniam Sengodan
    • Ahli AMANAH Kawasan Tanjung Malim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here