Gelombang ketiga banjir di Sarawak hari ini menyaksikan Samarahan menjadi daerah terbaharu dilanda banjir.
Sebanyak 10 penduduk daripada dua keluarga dari dua kampung di daerah itu dipindahkan sejak awal pagi tadi
Menurut .Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dua kampung yang terjejas banjir di Samarahan ialah Kampung Lubok Buntin dan Kampung Benat.
Mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masyarakat Lubuk Buntin.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada 150 orang pagi ini.
Sejak pagi tadi, Kuching dan Samarahan mengalami hujan yang agak lebat.