Tiada bukti Mohd Isa dianiaya – hakim

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa tiada bukti yang menunjukkan Muhammad Zahid Md Arip, bekas pegawai khas politik kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkomplot dengan individu lain untuk berkongsi wang suapan RM3 juta dan menganiaya bekas Pengerusi FELDA itu.

Individu lain yang dimaksudkan ialah saksi pendakwaan ke-15 (SP15) iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB), Mohd Zaid Abdul Jalil; bekas Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel (SP16) serta Pemegang Saham dan Pengarah JV Evolution Sdn Bhd (JVESB), Azizi Abdul Wahab (SP17).

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, dalam penghakiman ringkas, berkata tiada keterangan menunjukkan Muhammad Zahid, yang juga saksi pendakwaan ke-21 (SP21) dan berkhidmat dengan Mohd Isa, mempunyai motif untuk menyalah guna kedudukan tertuduh bagi meminta suapan daripada Ikhwan untuk dirinya sendiri.

“Tambahan pula, apakah keperluan untuk SP16 menyerahkan lebih RM3 juta kepada SP21 yang hanya pegawai khas tertuduh dan tidak mempunyai sebarang kuasa dalam proses pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) daripada GAPSB oleh FICSB, termasuk dalam aspek rundingan, kelulusan dan pembayaran.

“Tiada sebab munasabah untuk SP17 dan SP16 sebagai ahli perniagaan yang beroleh manfaat daripada persetujuan dan kelulusan FICSB atas pembelian MPHS daripada GAPSB, untuk merancang menipu dan menganiaya tertuduh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here