Kadar pematuhan SOP PKP tinggi di Kuala Lumpur

KADAR pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 13 Jan lepas mencapai lebih 96 peratus di semua enam daerah di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly berkata sepanjang tempoh itu sehingga semalam, hanya 1,496 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan.

Beliau berkata pihaknya akan mengambil langkah lebih tegas dengan tidak lagi memberi amaran sebaliknya akan terus dikompaun jika gagal mematuhi SOP sebagai langkah membendung peningkatan kes COVID-19.

“Sebanyak 48,440 permohonan rentas negeri diterima di semua daerah dan 2,050 permohonan ditolak kerana alasan untuk melakukan pergerakan tidak kukuh,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata kadar pematuhan SOP PKP di negeri itu mencapai 93 peratus.

 “Sepanjang tempoh pelaksanaan semula PKP di negeri ini, sebanyak 136,059 permohonan rentas daerah dan negeri telah diterima dan sebanyak 129,214 permohonan telah diluluskan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here