Perakam suara kokpit Sriwijaya Air ditemui

Perakam suara kokpit daripada pesawat Indonesia, Sriwijaya Air, yang terhempas telah ditemui, kata pihak berkuasa negara itu semalam, selepas dua bulan tragedi itu meragut nyawa 62 penumpang dan anak kapal.

Pesawat berusia 26 tahun itu sebelumnya berkhidmat dengan syarikat Amerika Syarikat (AS) Continental Airlines dan United Airlines menjunam kira-kira 3,000 meter ke dalam air berdekatan Jakarta hanya beberapa minit selepas berlepas pada 9 Januari.

Penyelam telah menggeledah Laut Jawa untuk pe-rakam suara yang hilang dan merupakan salah satu daripada dua kotak hitam yang merakam perbualan anak kapal.

Perakam data penerbangan sebelum ini telah dicabut daripada serpihan bangkai pesawat yang hancur di dasar laut.

Laporan awal tentang kemalangan itu bulan lepas menyatakan para juruterbang Indonesia telah melaporkan beberapa masalah berkaitan sistem pendikit pesawat yang sudah uzur itu sebelum berlakunya kemalangan maut.

Tetapi penyiasat berkata buat masa ini terlalu awal untuk membuat rumusan tepat.

Perakam suara kokpit itu akan memberi perincian penting mengenai apa yang dikatakan oleh anak kapal yang terdesak ketika pesawat dari Jakarta ke Pontianak, Kalimantan itu terhempas.

Indonesia, terdiri daripada gugusan kepulauan di Asia Tenggara sangat bergantung kepada pengangkutan udara untuk menghubungkan beribu-ribu pulaunya, telah mengalami keperitan dalam beberapa siri nahas kapal terbang dalam tahun baru-baru ini.

Pada Oktober 2018, se-ramai 189 mangsa terbunuh apabila pesawat Boeing 737 MAX Lion Air terhempas ke laut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here