Lalang tidak boleh dibiarkan lama-lama – Ahmad Zahid

LALANG yang tumbuh meliar tidak boleh dibiarkan untuk tumbuh dan membesar.

Bagi Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lalang yang dibiarkan tumbuh bukan sahaja akan menyebabkan kawasan menjadi semak tetapi juga mencacatkan pemandangan.

Pagi ini beliau mengambil kesempatan untuk menebas lalang yang semakin tinggi di kawasan tempat beliau menanam pokok-pokok bunga.

“Assalamualaikum, sejahtera, selamat pagi sahabat semuanya. Sekali sekali kita turun padang tebas lalang di kawasan rumah.

“Lalang tidak boleh dibiarkan lama-lama. Semakin dibiarkan semakin menyemakkan. Mencacatkan pemandangan walau di mana ia tumbuh. Jika malas boleh racunkan saja,” kata Ahmad Zahid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here