Hutan: Satu pandangan sisi

SELAMAT Hari Hutan Antarabangsa bertemakan “Restorasi hutan: Jalan menuju

pemulihan dan kesejahteraan”, diucapkan kepada negara tercinta, Malaysia  menduduki tempat ke dua belas dalam mega biodiversiti dunia dengan memiliki pelbagai spesis flora dan fauna. Malaysia masih memiliki 60% hutan jika dibandingkan keseluruhan tanah negara.

Malaysia mempunyai 15,000 spesis tumbuhan , 306 spesis mamalia, 242 spesis amfibia , 567 spesis reptilia ,449 spesis ikan sungai, 500 spesis ikan laut dan lebih 150,000 spesis invertebrata.

Berdasarkan senarai merah  International Union for Conservation of Nature (IUCN), Malaysia merupakan rumah kepada 1,141 spesis terancam termasuk tumbuhan dan haiwan. Sebuah negara yang mempunyai hutan yang luas dikatakan memiliki kekayaan semulajadi tanpa perlu merekabentuk hutan buatan contohnya seperti hutan kota Tijuca Forest yang terletak di Rio de Janeiro, Brazil.

Pentingnya hutan antaranya meletakkan ekosistem semulajadi pada tempatnya juga dalam menahan bahang kepanasan dunia dengan kepelbagaian biodiversiti kerana di dalam alam ini terdapat juga haiwan dan tumbuhan selain manusia.Menurut Islam selain manusia dan jin yang menyembah Allah, tumbuhan juga sebahagian alam yang bertasbih memuji pencipta Yang Maha Esa.

Hutan sering dikaitkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.Mempunyai hutan adalah satu kelebihan bukan simbol kemunduran atau kekurangan tamadun tetapi sebaliknya maju dari segi alam sekitar. Kemajuan alam sekitar ini penting ketika negara di barat sibuk menanam pelbagai pokok dan tumbuhan juga membuat hutan jadian bandar atau desa, sedangkan kita mempunyai sumber asli yang semulajadi.

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa ini selari dengan usaha Malaysia tahun ini dalam menjayakan Program Penghijauan Malaysia;Kempen Penanaman 100 juta pokok.Harapnya usaha ini juga selari dengan usaha mengurangkan hakisan tanah yang teruk akibat pembalakan haram atau pertanian komersial tidak terancang yang di setengah tempat sehingga menyebabkan banjir.

Kelebihan hutan selainnya merupakan kawasan rekreasi yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi-manda, trekking hutan juga meneroka alam.Sebagai contoh air terjun di negara hutan tropika jika dibandingkan dengan negara asing beriklim sejuk walau ada air terjun tetapi kita boleh mandi sewenangnya di Malaysia kerana cuaca terlalu sejuk walau di musim panas.Air terjun tertinggi di Wales, United Kingdom seperti Breacon Beacon cantik seolah-olah di Switzerland tetapi sejuk airnya mencecah ke tulang tidak boleh mandi seperti nikmatnya mandi air terjun di Malaysia.

Di dalam hutan Malaysia terdapat himpunan pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan yang mungkin besarnya tidak sebesar di hutan Amazon tetapi masih boleh diteroka dari aspek kajian perhutanan dan botani yang kaya untuk kemajuan penyelidikan dan pembangunan akan datang.

Kebersihan tempat mandi dan berkelah yang kecil sebagai contoh air terjun kampung orang asal di Kampung Sungai Mahang, Batang Benar berdekatan Nilai, Negeri Sembilan perlu diberi perhatian yang mungkin boleh menjadi kawasan lepak orang muda juga sarang penagih dadah.Pengawasan dan pemantauan juga perlu apabila kawasan hutan rekreasi juga menjadi tempat makan ketika bulan umat Islam berpuasa. 

Pengawasan trekking untuk kes-kes pendaki bukit dan gunung untuk mereka yang masuk ke dalam hutan.yang mungkin sesat, mungkin pada akan datang juga patut dipasang peranti pengesan Hutan di Malaysia tidak sama di barat, tebal dan tinggi pokoknya juga mempunyai pelbagai tumbuhan dan haiwan liar juga kisah unsur mistik yang tidak kurang hebat.

Hutan juga menjadi sumber penyelidikan dan inovasi pada masa akan datang seperti mana pernah diuar-uarkan pihak kerajaan negeri akan hasil hutan di Malaysia Timur suatu ketika dahulu akan setengah faedah pokok di hutan yang boleh dikomersialkan menjadi bahan farmasi dan dipasarkan ke seluruh dunia yang memberikan pulangan bilion dollar menjana pendapatan negeri dan negara. 

Persoalannya keuntungan dari hutan apakah pulangannya semula kepada masyarakat sekitar. Undang-undang harta intelek yang bagus bagi membanteras biopirasi bagi menyokong kemajuan bioteknologi moden atau tumbuhan di hutan untuk dikomersialkan .

Selain isu fizikal hutan, hal ehwal orang asal juga penduduk setempat perlu dititikberatkan dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan kerana apa-apa keputusan juga polisi akan memberi kesan secara langsung atau tidak, sekarang atau masa depan.

Dr.Noor Dzuhaidah Osman 

Pensyarah Kanan,

Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here