Sekolah vernakular guna bahasa Tamil, Mandarin sah di sisi Perlembagaan, kata mahkamah

Putrajaya, Nov 23. Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan empat kumpulan berkepentingan Melayu-Islam memohon untuk mengisytiharkan penggunaan bahasa Mandarin atau Tamil di sekolah vernakular tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Panel hakim Azizul Azmi Adnan berkata, sekolah vernakular sudah lama diiktiraf dalam kerangka kerja perundangan sistem pendidikan negara sebelum merdeka dan kewujudan Perlembagaan pada 1957. Katanya, sekolah vernakular bukannya pihak berkuasa awam seperti universiti, justeru penggunaan bahasa pengantar bukan Melayu untuk pengajaran bukan untuk tujuan rasmi. Panel itu dipengerusikan Hakim Supang Lian yang bersidang bersama Hakim M Gunalan.

Tiada kos diarahkan kerana ia kes berkepentingan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here