Uighur: Barat laksanakan sekatan ke atas China

Beberapa negara Barat melaksanakan sekatan ke aras pegawai-pegawai kerana penyalahgunaan hak terhadap kumpulan minoriti Uighur yang kebanyakannya beragama Islam.

China telah menahan komuniti Uighur di kem di wilayah barat laut Xinjiang.

Di kem itu, tahanan Uighur didakwa diseksa, melakukan kerja paksa dan penderaan seksual.

Sekatan tersebut diperkenalkan sebagai usaha yang diselaraskan oleh Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) AS dan Kanada.

China membalas tindakan itu dengan melakukan sekatan terhadap pegawai-pegawai Eropah.

Beijing telah menafikan penyiksaan yang dilakukan ke atas tahanan Uighur, sebaliknya menyifatkan kem itu sebagai pusat kemudahan pendidikan semula untuk menangani keganasan.

Tetapi Setiausaha Luar United Kingdom, Dominic Raab, mengatakan perlakuan terhadap tahanan Uighur adalah “pelanggaran berat terhadap hak asasi manusia paling asas”.

EU tidak mengenakan sekatan baharu ke atas China atas pelanggaran hak asasi manusia sejak tindakan ganas di Lapangan Tiananmen 1989, ketika askar di Beijing melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan pro-demokrasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here