Perhimpunan Agung UMNO sudah bermula

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung selama dua hari bermula pada Sabtu.

Perhimpunan bermula pada jam 8.35 pagi yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perhimpunan Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada Sabtu dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

PAU 2020 diadakan pada tahun ini selepas setahun ditangguhkan susulan COVID-19 dan ia merupakan perhimpunan penting buat UMNO dalam menentukan hala tujunya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini termasuklah untuk mendapatkan keputusan sebulat suara perwakilan terhadap ketetapan yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu untuk tidak lagi bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU15.

Selain isu memutuskan kerjasama dengan Bersatu, turut diberikan tumpuan adalah mengenai pendirian UMNO terhadap Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk bersama Pas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here