Kena Tindakan Kalau Degil Nak Sambut Ramadan Di Kampung

Menjelang Ramadan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan akan mengenakan tindakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut bulan mulia itu.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim menegaskan hanya mereka mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.

Pihaknya percaya akan ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk menyambut Ramadan di kampung memandangkang tidak dapat berbuat demikian pada tahun lalu.

“Pelbagai cara digunakan orang awam untuk rentas negeri balik ke kampung jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di SJR bagi memastikan tiada yang terlepas.

“Kalau ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Menurut beliau, pihaknya tidak mahu sekiranya terdapat lagi individu yang tidak mengambil berat akan SOP ditetapkan.

Dalam masa sama, beliau berkata, SJR akan ditambah sekiranya berlaku peningkatan kes harian Covid- 19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here