Penduduk Ontario di perintah duduk rumah

Bandar Ontario akan memulakan perintah duduk di rumah selama empat minggu dan semua pusat beli-belah bukan peruncit penting ditutup susulan lonjakan kes Covid-19 di Kanada.

“Keadaan sangat serius. Kita perlu bertindak sekarang.

”Apa yang kita lakukan sehingga kita mencapai imunisasi massa akan menjadi perbezaan antara hidup dan mati bagi ribuan orang,” kata Perdana Menteri Ontario, Doug Ford.

Perintah itu menghendaki orang-orang di wilayah terpadat di Kanada untuk tinggal di kediaman masing-masing kecuali untuk alasan penting, termasuk latihan, janji vaksinasi atau perjalanan untuk pembelian bahan makanan.

Minggu lalu, Ontario menutup semua tempat makan – langkah yang dibuat atas nasihat pakar untuk mengelakkan bilangan kes jangkitan Covid-19 terus meningkat.

Pada hari Khamis, semua peruncit kecuali kedai runcit, farmasi dan penjual peralatan berkebun akan ditutup selama empat minggu, walaupun pengambilan di tepi jalan akan dibenarkan.

Kedai-kedai besar masih dibenar beroperasi tetapi dengan had kapasiti dan hanya produk tertentu termasuk bahan makanan, farmasi dan bahan berkebun sahaja dibenar untuk pembelian.

Langkah itu mencetuskan kritikan terhadap Ford kerana kedai kecil dilarang beroperasi.      

Peruncit barangan keperluan dibenarkan dibuka untuk belian secara temujanji, ini termasuk bagi belian bekalan peralatan perubatan dan kedai membaiki, kedai cermin mata dan auto mekanik.

Peruncit yang dianggap penting boleh dibuka untuk membeli-belah di kedai dengan janji temu sahaja. Ini termasuk kedai bekalan dan pembaikan alat perubatan, kedai optik dan mekanik kenderaan.

Kanada melaporkan 6,520 kes Covid-19 pada Selasa lalu.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memberi amaran bahawa gelombang ketiga “sangat serius”, dengan lebih banyak orang muda dimasukkan ke hospital dan menggunakan ventilator disebabkan oleh varian virus yang lebih berbahaya.

Hospital di Ontario semakin padat dengan data menunjukkan lebih banyak pesakit Covid-19 di unit rawatan intensif (ICU).

Penerimaan pesakit di ICU meningkat lebih cepat daripada senario terburuk yang pernah dimodelkan oleh pakar, kata Ford.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here