Tembakan di Texas bunuh seorang, beberapa lagi cedera

Seorang terbunuh dan beberapa lagi dalam keadaan kritikal selepas satu kejadian tembakan di sebuah kedai di Texas kelmarin, hanya beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyifatkan keganasan senjata sebagai satu  “epidemik” dan men-dedahkan rancangan bagi menangani krisis tersebut.

Suspek telah “berada dalam tahanan,” menurut jabatan polis di timur Texas di pekan Bryan di mana serangan berlaku.

Pihak berkuasa menyata-kan individu tersebut me-nembak dan mencederakan seorang anggota polis selepas insiden dan merupakan seorang pekerja bagi pengeluar kabinet di mana dia melakukan tembakan.

Menurut Ketua Polis Eric Buske, pihak berkuasa menerima satu panggilan “tepat jam 2.30 petang tadi” mengenai serangan di Kent Moore Cabinets.

“Seorang terbunuh di tempat kejadian,” beliau memberitahu wartawan, dan empat mangsa lagi sudah dibawa ke hospital “dalam keadaan kritikal dengan kecederaan akibat terkena tembakan.”

Jabatan Polis Bryan mengesahkan seramai tujuh mangsa, yang turut termasuk seorang yang mengalami kecederaan ringan serta seorang lagi dengan satu isu kesihatan berasingan “berkaitan de-ngan insiden”.

Jabatan Pertahanan Awam Texas melaporkan seorang anggota tentera negeri “telah ditembak ketika mengejar seorang individu disyaki terlibat dalam kejadian tembakan  di Bryan. Beliau masih berada dalam keadaan serius namun stabil.”

Ia masih belum jelas sekiranya anggota polis adalah antara kiraan oleh Jabatan Polis Bryan.

Insiden berlaku selepas serangan senjata beramai-ramai terbaru di Colorado, Georgia dan California, dengan hampir 40,000 orang di AS meninggal dunia setiap tahun akibat tembakan, kira-kira separuh daripadanya adalah tindakan bunuh diri.

“Seperti yang anda dapat bayangkan ia adalah kompleks kerana anda mempunyai ramai pekerja di gudang, dan maka kami telah membahagi-bahagikannya dan menemu bual saksi serta bercakap dengan mereka bagi mengetahui apa yang telah berlaku,” Buske memberitahui wartawan.

Isu mengenai undang-undang senjata di AS adalah dipertikaikan dari segi politik.

Kelmarin Biden meng-umumkan enam langkah eksekutif yang menurut beliau akan membantu mengurangkan krisis keganasan senjata, namun pihak Republikan segera membidas cadangan tersebut, dengan pemimpin kanan parti dalam Dewan Perwakilan, Kevin McCarthy, memberikan amaran bagi “melampaui perlembagaan.” 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here