Penganggur didakwa pukul penghantar makanan dengan penukul

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memukul seorang penghantar makanan dengan penukul hingga menyebabkan kecederaan.

Tertuduh, Muhammad Aslam Hashim, 31, didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Koay Eng Tat, 40, dengan cara memukul kepala mangsa menggunakan sebatang penukul besi di Blok P, Desa Permai Indah, Jalan Helang, Sungai Dua, Gelugor di sini kira-kira jam 4 petang, 20 April lalu.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Jamaliah Abd Manap membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei untuk sebutan kes bagi penyedia-an dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here