Nenek, penerima vaksin tertua dunia

Bawang Lusang yang berumur 97 tahun merupakan individu tertua setakat ini menerima suntikan vaksin COVID-19 di Malaysia.

Bawang disuntik dos pertama di Klinik Kesihatan Belaga hari ini.

“Semangat dan keberanian Puan Bawang Lusang yang berasal dari Rumah Aging, Long Daah, Belaga perlu dicontohi dalam usaha menyahut seruan kerajaan bagi memastikan sebanyak mungkin penduduk di Malaysia menerima vaksin.

“Semoga semangat Nenek Bawang mampu menjadi teladan kepada masyarakat di luar sana. Syabas nenek Bawang,” catat Facebook Pusat Maklumat Rakyat Belaga.

Menurut Pusat itu lagi, Klinik Kesihatan Belaga kini dalam fasa kedua bagi kumpulan utama kedua dalam pemberian vaksin iaitu kepada golongan warga emas.

Laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dan Kementerian Kesihatan Malaysia turut berkongsi catatan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here