Kuala Lumpur, Mei-
Kementerian Pendidikan (KPM) berjanji mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab dalam kes murid Tahun Lima yang diserang strok haba selepas dipaksa seorang guru berdiri di bawah sinaran matahari, berdasarkan laporan siasatan pihak berkuasa.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata KPM tidak berkompromi dengan sebarang salah laku yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan warga sekolah.
“Perkara ini dalam pengawasan rapi kami. Kes ini kini dalam siasatan pihak berkuasa. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan laporan siasatan pihak berkuasa.
“KPM tidak berkompromi dengan sebarang salah laku yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah kata beliau.




















