POLIS MENAHAN 11 LELAKI YANG INGKAR ARAHAN PKP

Pada awal 2.07 pagi ini, pasukan polis IPD Petaling Jaya membuat serbuan di bangunan di Damansara setelah mendapat aduan daripada orang awam yang terdengar bunyi bising.

Dalam serbuan itu, pihak polis telah menahan 11 lelaki warganegara tempatan berumur dalam lingkungan 17 hingga 20 tahun yang sedang berkumpul sambil minum minuman keras dan berhibur.

Kesemua lelaki mendapati negatif dadah setelah hasil ujian kencing manis. Manakala tiga daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau kes jenayah dan dadah.

Kesemua mereka di tahan bawah seksyen 269 kanun keseksaan kerana perbuatan cuai yang merebakkan jangkitan penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa. Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Justeru, pihak PDRM memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP 3.0) kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan orang ramai dikompaun atau ditangkap dan seterusnya didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here