KEMATIAN SERENTAK DUA ADIK-BERADIK AKIBAT COVID -19 MENYAYAT HATI

Gurun, Jul 29-

Hampir setiap hari kes kematian melonjak akibat COVID-19 dilaporkan dan kehilangan orang tersayang pastinya meninggalkan kesan mendalam pada sesiapa sahaja.

Malang bagi  Saroja, ibu kepada anak lelakinya Loganathan dan anak perempuannya Kogilavani menjadi dua dalam sekeluarga mangsa COVID-19. Saroja terpaksa menerima hakikat tidak dapat bersama menguruskan jenazah kedua-dua anak tersayang.

Pada awal ketiga-tiga ahli kelurga dimasukkan ke dalam hospital kerajaan di Pulau Pinang. Anak lelaki meninggal dunia pagi semalam setelah rawatan tidak berhasil manakala Kogilavani pula menghempus nafas terakhir sebelah tengah hari.  Kematian kedua-dua adik beradik dari sekelurga menyayat hati sekitar kawasan Gurun.

Manakala ibunya, Saroja masih menerima rawatan rapi dengan pemberian oksigen di hospital Pulau Pinang. 28 hari yang lalu, Subbarayan, suami kepada Saroja meninggal dunia sebab keadaan kesihatan yang semakin terjejas dan bukannya akibat Covid-19. Bagi upacara pengebumian Subbarayan beberapa ahli keluarga terdekat mengunjungi keluarga Saroja dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Setelah upacara berkenaan , didapati ketiga-tiga ahli keluarga disahkan positif COVID-19, mereka terus keseorangan di dalam wad, tidak boleh dilawati apalagi ditemani ahli keluarga.

Kematian kedua-dua adik beradik hanya selang beberapa jam ketika mendapatkan rawatan rapi.

Majoriti rakyat hanya duduk di rumah, namun dari mana pula mereka mendapat jangkitan ini. Justeru, sesesiapa yang ingin mengunjungi keluarga tersayang haruslah prihatin dan berjaga-jaga supaya jangan menyebarkan wabak sepertimana dinasihati oleh kerajaan, kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting, dan patuhi arahan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here