DAKWAAN SEEKOR BERUK MEMAKAI GELANG MERAH JAMBU DI GUA MUSANG.

Gua Musang, Ogos 5-

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menafikan dakwaan seekor beruk di Gua Musang, positif Covid-19, tular gambar di facebook.

Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya tidak melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas haiwan.

“Tidak munasabah, kita tidak buat ujian calitan kepada beruk,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran tular dalam Facebook yang memaparkan gambar seekor beruk memakai gelang merah jambu didakwa positif Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here