30 OGOS- PULAU PINANG BERCADANG UNTUK MENGADAKAN SIDANG DUN

Georgetown, Ogos 5-

Pulau Pinang bercadang untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Ogos ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang mendapatkan kebenaran untuk mengadakan persidangan itu dan pada masa sama akan sentiasa memantau situasi Covid-19 di negeri itu serta mengambil langkah perlu sebelum membuat sebarang keputusan seterusnya.

Beliau berkata, sekiranya persidangan DUN itu dibenarkan, ia akan dilangsungkan secara fizikal dan tidak melalui platform maya.

“Peraturan mesyuarat hanya membenarkan persidangan Dewan Undangan Negeri diadakan secara fizikal, oleh itu kita perlu membuat persediaan yang diperlukan untuk melaksanakannya,” katanya kepada pemberita.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu persidangan DUN bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here