Keadaan ​Syarat ketat akan merosakkan program MM2H, kata perunding

Perunding program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) berharap kerajaan dapat melonggarkan kriteria permohonan kerana syarat yang ketat dibimbangi sukar menarik pemohon ketika cabaran ekonomi global akibat Covid-19. Selepas dibekukan sejak tahun lalu untuk tujuan “kajian dan penambahbaikan”, kerajaan semalam mengumumkan program itu akan dihidupkan semula pada Oktober ini.

Antara syarat utama ialah pemohon wajib mempunyai deposit tetap (FD) di bank tempatan berjumlah antara RM150,000 dan RM300,000 hingga RM1 juta dan pendapatan luar negara antara RM10,000 hingga RM40,000. Pemohon juga mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM1.5 juta aset cair berbanding syarat sebelum ini iaitu antara RM300,000 dan RM500,000.

Bercakap kepada FMT, Presiden Persatuan Perunding MM2H (MM2HCA) Anthony Liew mengalu-alukan langkah kerajaan mengembalikan program itu tetapi kriteria ditetapkan adalah “diluar jangkaan kami”.

“Ia terlalu tinggi. Sudah pasti kita boleh memberi syarat yang lebih baik,” katanya. Terdapat banyak negara yang boleh menjadi pilihan warga asing. Segelintir pelanggan berpotensi daripada ahli persatuan ini memberitahu sekiranya mereka perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM40,000, mereka akan ke negara lain.

“Kita bersetuju dengan kerajaan untuk menghidupkan semula program ini tetapi kita harus melihat sama ada syarat ini kompetitif atau tidak. Malaysia adalah negara yang bagus untuk didiami tetapi ekonominya agak teruk ketika ini. Jadi syarat yang menetapkan mereka perlu mempunyai deposit tetap RM1 juta yang tiga kali ganda lebih tinggi agak keterlaluan.”

Liew berkata antara kebimbangan besar dalam kalangan pelanggan berpotensi itu adalah mereka hanya diberikan visa jangka panjang berbanding kediaman tetap. Diperkenalkan pada 2002, program itu membenarkan warga asing tinggal di Malaysia selama 10 tahun yang mana ia boleh diperbaharui dan tempoh itu kini dikurangkan kepada lima tahun.

Dahlan berkata keputusan Jemaah Menteri untuk menghidupkan semula program itu adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bertujuan memulihkan ekonomi selepas lebih setahun sekatan dan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasa. Sehingga tahun lalu, hampir 39,000 pemohon yang berjaya telah membawa masuk wang berjumlah RM40.6 bilion sepanjang 19 tahun program dilakukan dan kebanyakannya daripada pembelian hartanah serta deposit tetap di bank tempatan.

Peserta program membelanjakan kira-kira RM4.9 bilion pada 2017 dan RM4.4 bilion pada 2018 untuk pembelian hartanah, sewa, kenderaan dan yuran imigresen. Mereka turut menyumbang kepada sektor lain seperti perubatan, pendidikan, perjalanan, penginapan, runcitan, minuman dan makanan (F&B) serta hiburan.

Sambil menyatakan bahawa negara jiran seperti Thailand dan Filipina turut mempunyai program hampir sama dengan MM2H, seorang lagi perunding berkata kepada FMT, dia berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula 10 kriteria itu. Anda mahu warga asing datang dan tinggal di sini, tetapi membuat peraturan seperti ini, katanya, yang tidak mahu dinamakan.

“Kriteria di negara lain tidak begitu tinggi. Saya agak ragu-ragu, terutamanya syarat untuk memiliki jumlah deposit tetap yang tinggi.” Dia turut bimbang bahawa peserta yang telah berada di negara ini di bawah program MM2H akan berdepan kesukaran ketika memohon untuk lanjutan visa memandangkan mereka perlu memenuhi syarat lebih ketat.

Katanya, kerajaan perlu memastikan pemohon yang berjaya sebelum ini tidak terjejas dengan kriteria baharu itu. Teo menekankan mereka perlu dasar yang stabil dan kegagalan berbuat demikian akan menghakis kepercayaan mereka terhadap pembuat dasar.

MM2H adalah satu perkara besar buat sebuah keluarga. Mereka membuat keputusan penting sama ada untuk datang tinggal di sini, belajar dan sebagainya, katanya. Jika kerajaan mengubah peraturan sewenang-wenangnya, mereka mungkin tidak mempunyai keyakinan lagi pada masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here