Sebuah kilang barangan kitar semula plastik di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang terbakar sekitar jam 8.20 semalam.
Kilang yang berkeluasan 300 x 600 bangunan kelas A jenis musnah hampir 90 peratus tetapi tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa. Kerja-kerja pemadaman dilakukan oleh pihak bomba pelabuhan Klang.
Pengarah Bomba Dan Penyelamat Negeri Selangor, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan 8.23 membabitkan kebakaran kilang itu.
“Sebaik pasukan bomba tiba di kilang tersebut, kami mendapati api sedang marak membabitkan seluruh kilang dan berjaya dipadamkan kira-kira dua jam setengah kemudian kira-kira jam 10.51 malam.
Tuan Norazam Bin Khamis, Ketua balai bomba dan penyelamat, pegawai operasi berada di lokasi untuk mengawal api yang merebak dengan pantas.