Jumlah tertinggi 22,948 kes Covid-19

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi kes harian Covid-19 dengan 22,948 jangkitan dikesan dalam tempoh 24 jam lalu. Rekod sebelumnya adalah 22,242 kes dicatatkan semalam. Dalam catatan di Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,489,460.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 7,175.Diikuti Sabah (2,583), Kedah (2,137), Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526), Kuala Lumpur (1,439), Kelantan (1,271), Perak (1,229), Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736), Terengganu (621), Negeri Sembilan (556), Perlis (42), Putrajaya (26) dan Labuan (9).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here