Kluang, Feb-
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasar untuk melaksanakan persekolahan satu sesi membabitkan lebih 10,000 sekolah di seluruh negara menjelang 2030.
Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata setakat ini lebih 9,000 sekolah rendah dan menengah kerajaan sudah melaksanakan sesi itu.
Beliau berkata, bagi tujuan itu, kerajaan perlu mempertingkatkan infrastruktur, perjawatan dan pengurusan lain bagi memenuhi maksud berkenaan.
“Ya, ini sebenarnya perkembangan pendidikan yang sangat baik sebenarnya. Kita ada kurang 10,000 lebih sekolah dan 9,000 lebih telah pun mencapai hasrat kita untuk satu sesi dan ada lebih sedikit yang masih lagi kita perlu uruskan.
“Mengambil kira banyak faktor kerana kekangan soal tempat, premis sekolah itu sendiri dan juga pengurusan-pengurusan lain yang perlu kita ambil perhatian.
“Tetapi memang menjadi hasrat kita untuk sekolah ini menjadi satu sesi sahaja bagi mencapai maksud dan hasrat kita bahawa sekolah itu adalah sekolah yang kondusif untuk anak-anak di tempat tersebut, di premis tersebut.