COVID-19: 19,268 KES, SELANGOR KEKAL TERTINGGI

Computer image of a coronavirus

Petaling Jaya, Ogos 30-

Kementerian Kesihatan melaporkan 19,268 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,725,357 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,567 kes.

Ia diikuti Sabah (2,310), Johor (2,265), Kedah (2,084), Sarawak (2,028), Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308), Perak (1,144), Pahang (788), Kuala Lumpur (672), Terengganu (544), Melaka (395), Negeri Sembilan (269), Perlis (71), Putrajaya (41) dan Labuan (2).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here