64 Peratus Rakyat Negara Ini Alami Pelbagai Diskriminasi- Kaum India Mewakili 51%

Kuala Lumpur, Sep 15
Kira-kira 64 peratus rakyat negara ini mengalami pelbagai diskriminasi dalam tempoh setahun lalu, khususnya berkaitan status sosio-ekonomi mereka. Ia diperolehi daripada Tinjauan Keadaan Diskriminasi Malaysia 2023, yang dijalankan Persatuan Pendidikan Diversiti membabitkan 3,238 responden seluruh negara.

Tinjauan itu juga mendapati, seramai 38 peratus daripada responden mengalami diskriminasi berkaitan status sosio-ekonomi mereka. Selain itu, penganut Hindu lebih cenderung mengalami diskriminasi agama dalam tempoh 12 bulan lalu iaitu mewakili 40 peratus, berbanding Kristian (26 peratus), Buddha (22 peratus) dan Muslim (20 peratus).

Pengarah Eksekutif AOD, Jason Wee, berkata ketika ditanya berhubung inisiatif kerajaan dalam penyelesaian masalah diskriminasi, 45 peratus responden menyatakan mereka berpuas hati, manakala 40 peratus masih tidak berpuas hati.

Beliau berkata, individu daripada kaum India, dikesan mengalami tahap diskriminasi lebih tinggi daripada kaum lain ketika memohon pekerjaan yang mewakili 51 peratus. Selain itu, penganut Hindu lebih cenderung mengalami diskriminasi agama dalam tempoh 12 bulan lalu iaitu mewakili 40 peratus, berbanding Kristian (26 peratus), Buddha (22 peratus) dan Muslim (20 peratus).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here