Batu ‘kepala ular’ Taman Negara Bako runtuh

Kuala Lumpur, Feb 15.
Formasi batu ikonik yang dikenali sebagai ‘Turus Laut Kepala Ular’ di Taman Negara Bako, di Sarawak runtuh baru-baru ini adalah akibat unsur semula jadi, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bahagian pangkal batu yang terbentuk daripada batuan pasir itu semakin mengecil akibat hakisan ombak kuat sejak sekian lama.“Memang saya pun sedih dengan kehilangan batu yang menjadi daya tarikan pengunjung untuk merakam gambar kenangan itu, tetapi apa yang berlaku itu adalah disebabkan hukum alam,” katanya .

Formasi batu berbentuk seperti kepala ular itu adalah tarikan utama pengunjung di Taman Negara Bako untuk bergambar.

Formasi batu itu dipercayai terbentuk akibat hakisan ombak dan air laut selama beratus-ratus tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here