Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Nasional dengan pangkat menteri

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu.

Pelantikan ini telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah . Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here