Kuala Lumpur, Mei
Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli disahkan tidak hadir pada hari terakhir Kongres Nasional PKR selepas kalah perebutan jawatan nombor dua parti kepada Nurul Izzah Anwar.
Rafizi semalam yang mengesahkan kehadirannya dalam kongres hari ini tidak kelihatan sejak 8 pagi tadi.
Setiausaha Akhbar Menteri Ekonomi Farhan Iqbal turut mengesahkan Rafizi kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas hadir perasmian Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, malam tadi.
Semalam, Nurul Izzah diumumkan pemenang dalam persaingan jawatan timbalan presiden PKR.
Beliau menewaskan Rafizi dalam pertembungan satu lawan satu dengan 9,803 undi.
Rafizi pula memperoleh 3,866 undi




















