SERBUAN POLIS KE ATAS KES PENIPUAN PELABURAN ATAS TALIAN

Pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bersama-sama Bahagian Siasatan Risikan/ Operasi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah bertindak menyerbu sebuah premis di Mont Kiara, Kuala Lumpur yang disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan atas talian semalam.

Kes penipuan pelaburan terdiri daripada warganegaranegara asing. Seramai tujuh individu warganegara asing berumur 26 sehingga 35 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah ditangkap. Turut dirampas 14 unit monitor, tujuh unit central processing unit (CPU), 14 unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua set modem dan satu set router.

Kesemua tangkapan ditahan reman di bawah sek 117 KPJ sehingga 15 September 2021 untuk siasatan lanjut. Siasatan awal mendapati sindiket telah mula beroperasi sejak Mac 2021 dan mensasarkan mangsa dari negara Korea.

Ketua polis Mohd Mahidisham Bin Ishak, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil meminta orang awam  sekiranya mempunyai maklumat berkenaan kegiatan atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here