33 individu terlibat dalam sindiket ‘along’ telah ditahan di bawah POCA sejak Jan, kata polis

Seramai 33 individu terlibat dalam sindiket “along” dikenakan tindakan bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata daripada 33 individu ditahan 26 daripadanya dikenakan perintah pengawasan, manakala tujuh lagi dikenakan hukuman perintah tahanan. Hasil risikan dijalankan JSJ (Jabatan Siasatan Jenyah) telah berjaya menangkap seramai 45 individu melibatkan 12 kumpulan sindiket ‘along’, daripada 45 individu itu seramai 33 individu dikenakan tindakan bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA),” katanya dalam kenyataan.

Ayob berkata, sepanjang Januari hingga kini, sebanyak 168 kertas siasatan dibuka membabitkan perlakuan khianat oleh kumpulan “along” termasuk kejadian simbah dan baling botol “molotov cocktail”. Beliau berkata, pada 6 September pihaknya menahan empat lelaki warga tempatan berusia antara 23 hingga 36 tahun dalam serbuan di dua premis di sekitar Bukit Pasar dan Taman Banang, Batu Pahat, Johor. Hasil soal siasat, semua suspek mengaku terlibat dalam sindiket along dan menawarkan pinjaman antara SGD300 hingga SGD1000 dengan bayaran bunga 20% kepada peminjam.

Semua suspek turut melakukan perbuatan khianat dan ugutan jenayah terhadap mangsa dan keluarga mangsa yang melakukan pinjaman. Hasil semakan rekod mendapati tiga individu ditangkap mempunyai rekod jenayah lampau dan kes perjudian, kekerasan, judi dan ‘along’katanya.

Ayob berkata, ketika serbuan polis turut merampas sekitar 100 kad sim, 21 telefon bimbit, 18 kad ATM, lima komputer riba dan enam “pendrive” dan lain-lain. Semua yang ditahan direman, kes disiasat bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1952, menjalankan aktiviti pinjaman tanpa lesen,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here