Covid-19 kematian 413

Sebanyak 413 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan. Berdasarkan maklumat dikeluarkan kementerian itu, ia termasuk empat kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sebelum tengah hari semalam.

Manakala yang lain pula adalah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini. Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 176 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Bilangan kematian kini berjumlah 21,124 kes dan kebanyakannya direkodkan di Selangor (111), diikuti Kedah (54) dan Johor (52) dan beberapa negeri lain, kecuali Putrajaya dan Labuan, turut merekodkan kematian.

Sehingga semalam, terdapat 228,124 kes aktif Covid-19, termasuk 1,301 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 687 memerlukan alat bantuan pernafasan. Sebanyak 24,823 kes sembuh turut direkodkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here